10 Orang Yang Sholatnya Tidak Diterima Allah S.W.T
10
Orang Yang Sholatnya Tidak Diterima Allah S.W.T
Rasulullah S.A.W. telah bersabda
yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya
baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara
solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda
bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian
tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan
solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam,
padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak
tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya
marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan
solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong
dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan
riba’.
10. Orang yang solatnya tidak dapat
menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”
Hassan r.a berkata : “Kalau solat
kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji,
maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada
hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu
bungkusan kain tebal yang buruk.”
0 Response to "10 Orang Yang Sholatnya Tidak Diterima Allah S.W.T "
Posting Komentar